Catatan Popular

Friday, December 24, 2010

Jamuan Akhir Tahun







Pada 25 November 2010,kami mengadakan jamuan akhir tahun sekaligus menyampaikan sijil kepada kanak2 yang akan ke tadika tahun depan.Majlis Graduasi la kononnya..Setinggi-tinggi penghargaan & jutaan terima kasih kepada En.Wan Yusma (Pegawai YPK Daerah Kmn),En.Marzuki (PSE Dun Air Putih),Y.M Tun Naim (JKKK Kg.Air Putih),Y.M Tuan Kecik (wakil Y.B Dun Air Putih) dan semua ibu bapa yang sudi hadir meluangkan masa bersama kami menjayakan majlis yang tak seberapa ini.Diharap dengan adanya majlis seperti ini,dapat mengeratkan lagi hubungan diantara guru,ibu bapa,kanak2 dan penduduk setempat.

Thursday, December 23, 2010

Jom layan kitorang nyanyi

Jamuan Raya 2010




Pada 22 September 2010,kami mengadakan jamuan hari raya...semua ibu bapa datang memeriahkan majlis ini.Memang sporting and best la sebab semua datang beri kerjasama yang baik pada kami..Dengan adanya majlis seperti ini,dapat mengeratkan lagi hubungan diantara guru,ibu bapa dan kanak2...

GURU2 TASKA PERMATA KG.AIR PUTIH

 TEACHER AMY
 TEACHER CHIK
 TEACHER NOR
   TEACHER PAH
 PENGURUS TASKA : EN.ABDUL HADI B.NGAH

Lawatan pergigian



Pada 22 April 2010,jam 9.00 pg,lawatan pergigian dari Klinik Kesihatan Kg.Air Putih telah datang melakukan pemeriksaan gigi pada kanak2 Taska kami.Program seperti ini penting kepada kanak2 agar mereka dapat mengetahui cara yang betul menjaga kebersihan gigi.Terima kasih kepada semua nurse and staff klinik kerana memberi kami tunjuk ajar tentang cara penjagaan gigi dengan betul.InsyaALLAH..akan kami praktikkan dengan sebaiknya.

Bengkel Bermain Sambil Belajar




Pada 29 Mei 2010,kami mengadakan bengkel bermain sambil belajar.Bengkel ini telah berjaya menarik perhatian ibu bapa untuk menghantar anak ke Taska kami.Bermain merupakan rutin harian setiap kanak2,permainan dan kanak2 ibarat irama dan lagu..tak boleh dipisahkan.Kita sebagai orang dewasa perlu pandai mengolahnya agar setiap permainan itu bermakna dan memberi pelajaran yang baik pada mereka.

PENDAFTARAN UNTUK SESSI 2011 MASIH DIBUKA

Salam...kepada semua ibu bapa/penjaga yang berminat dan tinggal berhampiran dengan Taska kami datanglah daftar segera kerana tempat adalah terhad...Kami menyediakan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan yang terbaik daripada guru2 yang berpengalaman.Bukan itu sahaja...alat bantu mengajar juga dari kualiti yang terbaik dan hebat yang disediakan oleh kerajaan.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi 09-858 1640