Catatan Popular

Thursday, January 27, 2011

LAWATAN PERGIGIAN BERGERAK

 Pasukan Pergigian Bergerak KLINIK PERGIGIAN AIR PUTIH telah datang membuat lawatan ke Taska kami pada hari ini 27 Januari 2011,jam 10 pagi tadi.Lawatan ini adalah untuk menjalankan aktiviti kesihatan pergigian seperti Latihan Memberus Gigi,Ceramah dan "Sapuan Topikal Florida".Untuk pengetahuan,"Sapuan Topikal Florida" perlu disapu 2 kali setahun kepada kanak2.
  Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada semua staff klinik yang hadir dan memberikan kerjasama yang baik pada kami,semua kanak2 seronok kerana dapat berus gigi dan ubat gigi baru...Terima kasih..


 Tengok tu...semua beri perhatian yang baik sewaktu Nurse Rohaya memberitahu tentang cara menjaga dan memberus gigi dengan betul..

Sedang buat persiapan untuk "Sapuan Topikal Florida"..
"Jangan bimbang sayang..tak sakit pun.."

Friday, January 14, 2011

Program Permulaan bagi tahun 2011

Pada 13 Januari 2011,jam 3 petang,kami mengadakan taklimat untuk ibu bapa bagi menambah pengetahuan kepada ibu bapa betapa pentingnya Perkembangan Awal bagi setiap kanak2.En.Kamarulzaman Awang selaku Ketua Penolong Pengarah YPK telah memberi ceramah dengan tajuk yang menarik iaitu "Menggilap Potensi Seawal Usia".Kami berharap semua ibu bapa berpuas hati dan akan terus menyokong kami dari masa ke semasa.Terima Kasih yang tak terhingga kepada En.Kamarulzaman (KPP YPK),En.Wan Yusma (Pegawai Daerah Kmn),En.Marzuki(PSE),Cikgu Mie (Pengurus Taska G.Limau),guru2 Taska G.Limau serta ibu bapa yang sudi meluangkan masa dan memeriahkan program kami ini.

Ni die cikgu Mie sedang memulakan cerita...
Persembahan lakonan dari guru2 Taska Keluarga G.Limau dengan cerita Rama-rama Yang Sombong.Memang hebat dan menarik..bakat semula jadi ni..caya la.



Program kami diakhiri dengan lagu PERMATA,semua ibu bapa yang hadir turut menyanyi bersama kami..terima kasih semua,memang sporting habis...

jom joget...

Friday, December 24, 2010

Jamuan Akhir Tahun







Pada 25 November 2010,kami mengadakan jamuan akhir tahun sekaligus menyampaikan sijil kepada kanak2 yang akan ke tadika tahun depan.Majlis Graduasi la kononnya..Setinggi-tinggi penghargaan & jutaan terima kasih kepada En.Wan Yusma (Pegawai YPK Daerah Kmn),En.Marzuki (PSE Dun Air Putih),Y.M Tun Naim (JKKK Kg.Air Putih),Y.M Tuan Kecik (wakil Y.B Dun Air Putih) dan semua ibu bapa yang sudi hadir meluangkan masa bersama kami menjayakan majlis yang tak seberapa ini.Diharap dengan adanya majlis seperti ini,dapat mengeratkan lagi hubungan diantara guru,ibu bapa,kanak2 dan penduduk setempat.

Thursday, December 23, 2010

Jom layan kitorang nyanyi

Jamuan Raya 2010




Pada 22 September 2010,kami mengadakan jamuan hari raya...semua ibu bapa datang memeriahkan majlis ini.Memang sporting and best la sebab semua datang beri kerjasama yang baik pada kami..Dengan adanya majlis seperti ini,dapat mengeratkan lagi hubungan diantara guru,ibu bapa dan kanak2...